PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

SARINGAN KESIHATAN & PROMOSI NADI SEMPENA PROGRAM TAYANGAN SKRIN KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL @TGV AEON MALL, RAWANG

Satu program Tayangan Skrin: Kudrat 1968 High Council anjuran Pertubuhan Gerak Aidad dengan kerjasama NADI Parlimen Selayang (NADI Taman Tun Teja, NADI Selayang Segar, NADI Kuang Raya) yang dijadualkan seperti berikut:

Nama Program: Tayangan Skrin Kudrat 1968: High Council
Tarikh: 7 November 2026
Masa: 11.00 pagi
Tempat: TGV, AEON Mall Rawang

Program ini bertujuan menyediakan aktiviti santai berbentuk hiburan dan penghayatan nilai serta pengajaran melalui tayangan filem.

Seiringan itu kerjasama dan jemputan NADI di bawah Parlimen Selayang, iaitu NADI Taman Selayang Segar, NADI Taman Tun Teja dan NADI Kuang Raya, untuk bersama-sama menyertai dan menjayakan program ini amatlah dihargai bagi memastikan aktiviti saringan kesihatan, promosi perkhidmatan NADI serta penyampaian maklumat berkaitan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan kepada masyarakat setempat.

Berita Berkaitan