1/07/2026 – 31/07/2026 | NADI MAHIR_INTAKE 4
Nama Program : NADI MAHIR INTAKE 4
Tempat : NADI Taman Tun Teja
Pengisian Program : Sepanjang bulan Julai 2026, pengambilan peserta NADI MAHIR intake 4 mendapat sambutan yang cukup memuaskan. Para peserta hadir ke NADI Taman Tun Teja bagi menyertai kelas atas talian NADI MAHIR. Para peserta yang hadir menyertai kelas NADI MAHIR PERTANIAN PINTAR, MAHIR JAHIT, MAHIR FOTO, MAHIR BAIKI GAJET dan MAHIR MASAK.
Program baru NADI MAHIR: MAHIR MICROSOFT dan MAHIR PROMPT ENGINEER turut diperkenalkan.
Bagi MAHIR MICROSOFT, program ini merangkumi 3 aplikasi Microsoft yang paling diperlukan dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan:
📊 Microsoft Excel
📝 Microsoft Word
📽️ Microsoft PowerPoint
Manakala, bagi MAHIR PROMPT ENGINEER, Program ini diwujudkan bagi melahirkan komuniti NADI yang celik teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan mampu menghasilkan arahan (prompt) yang efektif untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan penciptaan kandungan digital.





