Nama program : PROGRAM ASAS PENERANGAN DAN BENGKEL PENGUASAAN AI
Anjuran : NADI Taman Tun Teja dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Gombak & Pepper Labs
Tarikh : 03/10/2026
Masa : 9AM-1PM
Tempat : Bilik Latihan NADI Taman Tun Teja
Program ini merupakan anjuran bersama NADI Taman Tun Teja dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Gombak dan Pepper Labs dengan penyertaan seramai 25 orang peserta komuniti. Program ini menampilkan dua penceramah jemputan:
1. En. Hazim – Trainer, Pepper Labs
Telah menyampaikan sesi perkongsian berkaitan Penguasaan Artificial Intelligence (AI). Fokus pengisian adalah berkaitan pengenalan asas AI, aplikasi AI dalam kehidupan seharian serta cara memanfaatkan teknologi AI untuk meningkatkan produktiviti komuniti.

2. En. Sharir – Pegawai Penerangan Daerah Gombak
Telah menyampaikan sesi penerangan dan hebahan berkaitan isu-isu semasa dan inisiatif kerajaan.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif untuk meningkatkan literasi digital dan kesedaran komuniti setempat terhadap kepentingan teknologi AI.



