28/08/2026 || 8AM – 1PM
Nama program : Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
Tempat : Dewan Haji Mohamed bin Saadum, Selayang Baru
Dengan kerjasama: NADI Taman Tun Teja x NADI Selayang Segar x NADI Taman Kuang Raya
Pengisian program :
Sambutan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 diadakan serentak di seluruh negara bertempat di 1099 NADI. Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026.
Bagi NADI Taman Tun Teja, NADI Selayang Segar dan NADI Kuang Raya program mendapat sambutan yang baik oleh komuiti setempat. Antara aktiviti sepanjang program ialah Zumba, saringan kesihatan, deklamasi sajak, persembahan koir dan jualan rahmah.




